fbpx

Wanita jalin hubungan maya rugi RM177,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang suri rumah di Kepala Batas di sini kerugian wang sebanyak RM177,500 selepas dipercayai diperdaya sindiket penipuan African Scam kelmarin.

Wanita berusia 40-an itu menjadi mangsa sindiket berkenaan selepas menjalin hubungan dengan individu tidak dikenali melalui laman sosial Facebook sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dia berkenalan dengan seorang individu kononnya lelaki dari Poland.

“Mangsa diberitahu oleh kenalan itu bahawa dia telah mengirimkan hadiah dan wang tunai melalui sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran di Kuala Lumpur.

“Namun mangsa dikehendaki membayar cukai, insuran dan caj perkhidmatan lain bagi menuntut barang berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa yang percaya telah membuat sebanyak 17 transaksi pemindahan wang kepada lima akaun tempatan dalam tempoh dua hari pada Isnin dan Selasa lalu.

“Dia telah memasukkan wang ke dalam akaun atas nama individu berasingan itu keseluruhannya berjumlah RM177,500 sebelum menyedari ditipu,” katanya lagi.

Noorzainy berkata, mangsa telah tampil membuat laporan polis kelmarin dan pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki yang dikatakan dari Poland itu merupakan ahli sindiket parcel scam berdasar modus operandi digunakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI