fbpx

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris dan Intan Ladyana yang sentiasa menerapkan amalan menabung sejak awal.

Kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Bertitik tolak daripada pepatah lama itu, pelakon Harris Aliff mengutamakan amalan menabung sejak awal demi masa depan yang terjamin.

Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 25, berkata, berkahwin pada usia yang muda dengan aktres jelita, Intan Ladyana, telah membuatkan beliau membuat perancangan untuk sentiasa be­kerja keras demi masa depan keluarga kecilnya.

“Hidup sekarang makin ‘keras’ terutama apabila saya menggalas tanggungjawab sebagai suami sejak 2021 dan kini sudah memiliki seorang cahaya mata.

“Tambahan pula, tidak lama lagi isteri saya (Ladyana) bakal bersalin anak kedua dan sudah tentu, perbelanjaan untuk keluarga kami semakin meningkat.

“Disebabkan itu, saya sentiasa ingatkan pada diri sendiri agar tidak berbelanja sesuka hati dan sentiasa ingat akan peribahasa ‘ukur baju di badan sendiri’,” katanya kepada Kosmo! dalam satu temu bual baru-baru ini.

Bapa kepada Evie, 2, itu sa­ngat menitikberatkan amalan menabung terutamanya dalam era ekonomi tidak menentu yang sangat memberi cabaran buat golongan sepertinya yang mempunyai pendapatan tetap.

“Sebagai seorang rakyat yang bergantung dengan pendapatan sebagai seorang pelakon, saya perlu fikir dua langkah ke hadapan berbanding rakyat biasa.

“Kita kerja makan gaji dan tiada skim pencen. Se­nario terbabit sudah tentunya membuatkan saya dan isteri sentiasa mengutamakan perbelanjaan kewangan yang berhemah.

“Sebagai orang seni, saya nasihatkan orang ramai supaya sediakan payung sebelum hujan. Tak kisahlah RM1 sehari (menabung), itu adalah amalan yang akan membantu kita di kemudian hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Intan yang kini sarat hamil anak kedua menambah, sebagai seorang
ibu, tiada lain yang diharapkan dirinya kecuali zuriat dan mempunyai masa depan yang terancang.

Menurutnya, ini semua perlu bermula dengan perancangan kewangan yang sempurna mulai sekarang.

“Kalau kita tidak mula sekarang, bila lagi? Sebagai ibu, menjadi tanggungjawab untuk saya memastikan anak-anak memiliki tabungan yang mencukupi apabila dewasa nanti.

“Jika mahu sambung belajar, pastinya memerlukan sumber kewangan yang kukuh dan saya ingin titipkan pesanan bahawa setiap ibu bapa perlu menabung bermula sekarang.

“Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Apabila sudah berubah status menjadi seorang ibu, saya kian cakna akan kepen­tingan amalan menabung

“Saya akan pastikan apabila anak sudah besar nanti, mereka juga mempraktikkan amalan menabung demi masa depan yang lebih terjamin,” jelasnya.

Bercakap tentang simpanan untuk anak-anak, antara tabung simpanan yang menjadi
pilihan adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 kepada 181 pemenang Kempen WOW! Syoknya Raya 2024, bagi menghargai pendeposit yang membuat simpanan pada musim pe­rayaan.

Kempen ini adalah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan.

Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN sedia ada dan baharu.

Tempoh kempen bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2024.

Pendeposit perlu membuka akaun Simpan SSPN atau membuat tambahan deposit dengan jumlah minimum hanya RM50.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www. ptptn.gov.my atau muat turun
aplikasi myPTPTN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI