fbpx

Dua pesawat penumpang berlanggar di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pesawat berlanggar di Lapangan Terbang Heathrow dan menyebabkan kerosakan kecil. – ALEX WHITTLES

LONDON – Dua pesawat penumpang berlanggar di landasan Lapangan Terbang Heathrow, London, menyebabkan kerosakan kecil berlaku kepada kedua-duanya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Menurut jurucakap lapangan terbang, sebuah pesawat kosong, Virgin Atlantic berlanggar dengan pesawat British Airways semasa ditunda di Terminal 3.

Saksi berkata, pesawat Boeing 787-9 Virgin Atlantic sedang ditunda ketika sayapnya terkena bahagian ekor British Airways, yang semasa itu mempunyai 121 penumpang.

Kemalangan itu bagaimanapun tidak mengganggu jadual penerbangan Virgin Atlantic dari Heathrow.

Dalam satu kenyataan, Virgin Atlantic berkata: “Hujung sayap salah satu pesawat kosong kami merempuh pesawat lain semasa ditarik dari perhentian di Terminal 3 London Heathrow.

“Kami mengesahkan tiada penumpang berada di dalam pesawat Virgin Atlantic pada masa kejadian.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI