fbpx

Ubi kayu banyak khasiat, tetapi elak diambil berlebihan – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster kebaikan ubi kayu yang dikongsi PHM.

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial semalam apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mencadangkan supaya ubi kayu dijadikan sebagai salah satu sumber karbohidrat bagi menggantikan beras.

Bagaimanapun cadangan beliau itu dilihat agak praktikal kerana menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), ubi kayu mempunyai banyak khasiatnya.

Menurut PHM, antara kebaikan dan khasiat ubi kayu adalah mampu menguatkan tulang dan gigi.

“Selain itu, ubi kayu juga tinggi karbohdirat untuk tenaga serta meningkatkan imuniti badan.

“Ubi kayu juga mampu mencegah anemia serta baik untung penghadaman. Ia juga baik untuk tekanan darah dan jantung,”ujarnya.

Bagaimanapun kata PHM, pengambilan berlebihan ubi kayu boleh menyebabkan penambahan berat badan dan risiko toksik sianida.

Semalam, Johari berkata langkah menjadikan ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai.

Malah katanya, rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI