fbpx

Balik kampung awal, aliran trafik lancar pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik semasa di Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara pagi ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama dilihat masih lagi lancar setakat pukul 11 pagi ini meskipun berlaku pertambahan kenderaan di sesetengah lokasi.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik lancar di Lebuh Raya Utara – Selatan melibatkan kedua-dua arah.

Selain itu, di Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar, namun pertambahan kenderaan jelas dilihat sekitar laluan Genting Sepah ketika ini.

Bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak pula, tinjauan CCTV mendapati keadaan trafik lancar ekoran orang ramai sudah pulang ke kampung halaman masing-masing seawal Jumaat lalu.

Dalam pada itu, LLM dalam hantaran di Facebooknya melaporkan, beberapa ‘Smartlane’ telah diaktifkan bagi kelancaran trafik di lebuh raya.

“Antaranya di Lebuh Raya Utara – Selatan arah utara melibatkan Kilometer (KM) 303.2 hingga KM297.0 dari Tapah ke Gopeng, KM367.30 hingga KM354.0 dari Slim River ke Sungkai serta arah KM354.0 hingga KM356.0 arah selatan dari Sungkai ke Slim River,” katanya.

Lapor LLM lagi, sebagai persiapan menghadapi aliran trafik yang tinggi di lebuh raya, pihaknya telah menyediakan parkir tambahan serta tandas sementara mudah alih untuk kegunaan pengguna di beberapa lokasi terpilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI