fbpx

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik dari plaza tol Gombak ke Genting Sempah sehingga ke Bentong dilaporkan lancar setakat pukul 9 malam tadi.

PETALING JAYA – Trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 9 malam tadi walaupun berlakunya pertambahan kenderaan di sesetengah lokasi.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia, keadaan trafik kelihatan lancar di plaza tol Gombak menghala ke Genting Sempah sehingga ke Bentong.

Trafik di Lebuh Raya Plus Utara @ E1 juga kelihatan lengang di KM 372.6 Slim River, KM 339.9 Bidor, KM 333.6 Tapah sehinggalah ke KM290.55 Simpang Pulai.

Sementara itu, pemerhatian Kosmo! pada CCTV di Lebuh Raya Plus Selatan @ E2 juga mendapati trafik berada dalam keadaan terkawal meskipun berlakunya penambahan kenderaan di beberapa lokasi seperti KM297.7 Bangi, plaza tol Sungai Besi, Seremban dan Ayer Keroh.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati orang ramai masih bekerja pada lusa dan akan mula pulang ke kampung pada hari tersebut.

Terdahulu kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan berkata, insiatif itu adalah sebagai meraikan semua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI