fbpx

YouTuber direman dua hari kes cabul pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang YouTuber direman dua hari bermula hari ini untuk menbantu siasatan berhubung kes cabul seorang pelajar empat bulan lalu. GAMBAR : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber) direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes mencabul pelajar universiti di Kubang Kerian di sini empat bulan lalu.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Terdahulu, suspek yang berusia 22 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu di sini pada pukul 10.35 pagi dengan dibawa anggota polis.

Siasatan ke atas YouTuber itu dijalankan mengikut Sek­syen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Artikel berkaitan : YouTuber lelaki diberkas cabul pelajar universiti

Kosmo! hari ini melaporkan, polis menahan suspek selepas dipercayai mencabul seorang gadis berusia 24 tahun ketika menjalani penggambaran drama di sebuah inap desa.

Siasatan mendapati mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkan untuk berlakon drama arahan suspek dengan bayaran RM600.

Semasa berada di dalam bilik di inap desa itu, mangsa didatangi oleh suspek yang kemudian mencabul gadis itu.-K! ONLINE

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI