fbpx

8 juta warga Jakarta dijangka balik kampung sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPAN juta warga kota akan meninggalkan Jakarta untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Foto AFP

JAKARTA – Seramai lapan juta penduduk Jakarta dijangka pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, lapor portal berita Kompas.com.

Anggaran jumlah warga kota yang kembali ke kampung  itu diberikan oleh Perkhidmatan Pendaftaran dan Penduduk Awam, Daerah Kota Istimewa Jakarta (Disdukcapil).

Ketua Disdukcapli, Budi Awaludin berkata, keadaan itu berlaku selaras dengan anggaran peningkatan jumlah warga kota pulang ke kampung di peringkat nasional sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Kalau lihat anggaran secara nasional, akan ada kenaikan 60 peratus warga kota yang balik kampung iaitu dari 123 juta orang menjadi 193 juta orang.

“Bagaimanapun, di Jakarta, kami menganggarkan bilangan warga kota yang akan kembali ke kampung masing-masing adakah sekitar 7 juta hingga  8 juta orang,” kata Budi.

Berdasarkan Kalendar Hijrah Indonesia terbitan Kementerian Agama, 1 Syawal dijangka jatuh pada Rabu ini namun pemerintah akan mengumumkan secara rasminya tarikh Hari Lebaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI