fbpx

Argentina hadapi krisis penyembur nyamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOTIS tentang ketiadaan penyembur nyamuk ditampal di sebuah kedai di Buenos Aires, bari-baru ini. - AFP

BUENOS AIRES – Argentina berdepan masalah  kekurangan penyembur nyamuk ketika negara berkenaan bersiap sedia menghadapi musim demam denggi  paling buruk, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Demam denggi yang berpunca daripada  virus bawaan nyamuk boleh membawa maut atau dalam beberapa kes, mengakibatkan jangkitan serius.

Vaksin demam denggi telah dibangunkan tetapi penggunaannya masih di peringkat awal dengan orang ramai bergantung kepada kaedah pencegahan untuk mengelak dijangkiti demam denggi.

Bagaimanapun,  ramai penduduk melaporkan bahawa adalah hampir mustahil untuk membeli penyembur nyamuk di Argentina.

Banyak pasar raya dan farmasi memaparkan notis pemberitahuan ‘tiada penyembur nyamuk’  dan di beberapa tempat yang masih tersedia terutamanya di online, harga jualannya adalah tinggi.

Kerajaan Argentina menyifatkan masalah tersebut sebagai ‘serius’, namun akan diselesaikan  dalam masa beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, orang ramai  khususnya di ibu negara,  Buenos Aires dilanda ketakutan ketika ratusan ribu rakyat Argentina dijangkiti demam denggi.

Kekurangan penyembur nyamuk  itu mula dikesan pada Mac lalu.

Sumber daripada sebuah syarikat yang mengeluarkan penyembur nyamuk di negara itu memberitahu BBC bahawa kekurangan tersebut disebabkan oleh kesilapan jangkaan musim denggi  manakala pembuatan produk itu mengambil masa beberapa bulan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI