fbpx

Komik Superman berharga RM28.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Action Comic No. 1’ merupakan komik termahal yang pernah dijual. – HERITAGE AUCTION

WASHINGTON – Naskah komik yang menampilkan adiwira Superman menjadi buku komik paling mahal di dunia apabila dijual pada harga AS$6 juta (RM28.5 juta) dalam satu lelongan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Firma lelongan Heritage Auctions menyatakan, buku Action Comics No. 1 edisi tahun 1938 memaparkan penampilan pertama Superman itu menarik bidaan tinggi sehingga meme­cahkan rekod dunia.

Buku komik itu telah diperiksa oleh Collectible-grading Service (CGC) dan diberi gred ‘Sangat baik+ 8.5’, menjadikannya salinan gred ketiga tertinggi.

CGC berkata, kira-kira 100 naskhah komik itu dipercayai masih wujud dan pihaknya telah menggred 78 naskhah setakat ini.

Komik itu diterbitkan oleh National Allied Publications.

Rekod sebelum ini untuk komik termahal adalah Superman No. 1 yang dijual pada harga AS$5.3 juta (RM25.2 juta) pada tahun 2022.

Buku komik termahal yang dijual dalam acara lelongan sebelum itu ialah Amazing Fantasy No. 15. Komik menampilkan penampilan pertama Spider-Man itu dijual pada harga AS$3.6 juta (RM17.1 juta), September 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI