fbpx

PBT boleh kompaun individu buang sampah di tepi jalan – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGA Kor Ming bersama penerima baucar sumbangan Hari Raya Aidilfitri pada Program Meriah Beraya di Angsana Mall di Ipoh hari ini.

IPOH – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan untuk mengeluarkan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tepi jalan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku yang membuang sampah sesuka hati sama ada melalui tingkap kenderaan atau meninggalkannya ketika berhenti berehat.

“Saya amat kesal dengan sikap segelintir individu yang sanggup membuang sampah di merata-rata tempat termasuk di sepanjang jalan tanpa belas kasihan kepada pekerja-pekerja pembersihan.

“Jadi, saya telah arahkan PBT untuk kompaun pelaku dan pastikan dia bayar. Mereka buang sampah jadi mereka perlu bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Meriah Beraya di Angsana Mall di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial gambar sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya di bahu jalan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang bermula dari Bentong ke Lipis dan Gua Musang.

Longgokan sampah akan lebih banyak dan bertimbun termasuk najis yang dibuang pengguna di lebuh raya yang tidak mempunyai kawasan rehat dan rawat (R&R) itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI