fbpx

Lemas ketika cuba selamatkan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai unit PPDA kira-kira pukul 12.59 tengah hari semalam. Foto ihsan: JBPM KL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan lemas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan bapanya di sungai berhampiran sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11 pagi.

Katanya, pasukan operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dan BBP Jalan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Iqbal Zakaria, bapa mengatakan mangsa tergelincir ke dalam sungai ketika cuba menyelamatkannya.

Katanya, mangsa berusia 21 tahun kemudiannya lemas dibawa arus.

“Kerja-kerja pencarian dilakukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dengan jarak tebing ke tengah sungai sejauh enam meter dan kedalaman sungai satu hingga tiga meter.

“Mangsa berjaya dijumpai pada pukul 12:59 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI