fbpx

[VIDEO] Orang ramai serbu gerai jual daging RM25 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz ketika melelong daging lembu ketika jualan 'happy hour' sempena Jualan Agro Madani Mega Raya di Dataran Jalan Istana Lama di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Orang ramai beratur untuk membeli daging lembu tempatan pada harga serendah RM25 sekilogram pada jualan ‘happy hour’ sempena Jualan Agro Madani Mega Raya di Dataran Jalan Istana Lama di Alor Setar, hari ini.

Setiap pengunjung hanya dibenarkan membeli sekilogram daging.

Harga jualan daging lembu tempatan luar daripada promosi ‘happy hour’ pada program tersebut adalah RM30 sekilogram.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar yang hadir pada program itu turut membantu menyerahkan daging kepada pembeli.

Program jualan yang dianjurkan LPP itu melibatkan 47 gerai jualan dan pameran agensi kerajaan yang menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarat setempat pada harga berpatutan dengan penjimatan sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI