PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan akan berlaku di beberapa tempat di Semenanjung menjelang petang ini.
Menurut MetMalaysia, hujan berpotensi berlaku di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan barat Johor.
Katanya, hujan dan ribut petir juga dijangka berlaku di keseluruhan Sarawak dan hampir keseluruhan kawasan di Sabah.
“Kami jangka hujan akan turun di beberapa tempat melibatkan selatan Perak, pedalaman Selangor, Negeri Sembilan serta barat Johor.
“Hujan dan ribut petir juga dijangka berlaku di hampir keseluruhan di Sarawak dan Sabah,” ujarnya.