PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke arah Pantai Timur dilaporkan perlahan pada pagi ini susulan pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran aplikasi X pagi ini memaklumkan, trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak bermula dari KM 26.5 hingga KM37.2 iaitu Gombak ke Genting Sempah.
“Seterusnya, trafik dilaporkan perlahan dari KM 48.3 hingga KM 51.4 iaitu Bukit Tinggi ke Lentang serta dari KM 53.5 hingga KM 54.8 di Lentang,” menurut hantaran itu pagi ini.
Berikutan pertambahan kenderaan, pengguna dinasihatkan menjaga jarak selamat bagi kenderaan mereka. – KOSMO! ONLINE