fbpx

PPZ- MAIWP baik pulih dua rumah asnaf sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na’im (tengah) ketika menyempurnakan simbolik penyerahan rumah berkenaan kepada salah seorang penerima sumbangan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyerahkan dua buah rumah asnaf yang telah dibaik pulih di Kampung Sungai Penchala dan Kampung Padang Balang, di sini, hari ini.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Habib menerusi Program Ziarah Ramadan 2024 Kilauan Syawal Habib yang menyalurkan peruntukan sebanyak RM40,000 dana wakalah daripada Yayasan Habib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi.

Malah katanya, ia bertepatan dengan matlamat Program Ziarah Ramadan siri ke 3 itu iaitu berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan.

Selain itu jelasnya, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pembayar zakat dan asnaf.

“Proses baik pulih antaranya melibatkan penggantian bumbung bocor, siling rosak, tingkap kaca, pintu, pendawaian elektrik, pembersihan rumah dan sebagainya.

“Kedua-dua rumah ini juga turut disediakan dengan kelengkapan rumah baharu seperti perabot, barangan dapur, peti ais dan mesih basuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan simbolik penyerahan rumah berkenaan disaksikan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib Mohamed.

Tambahnya, PPZ-MAIWP menyambut baik kerjasama syarikat-syarikat korporat dalam melaksanakan program turun padang bagi menyantuni golongan memerlukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI