PASIR PUTEH – Hidangan udang galah celup tepung yang dijual di Bazar Ramadan Pasir Puteh di sini menjadi pilihan pelanggan untuk dijadikan juadah tambahan berbuka puasa. Penjual udang galah celup tepung, Nik Nor Asyikin Nik Adik,31, berkata, sebanyak 300 kilogram (kg) udang galah disediakan setiap hari bagi memenuhi permintaan. Menurutnya, hasil jualannya laris pada bulan Ramadan berbanding hari biasa semasa berniaga di pasar malam sekitar daerah itu. “Udang galah bersaiz sederhana dan kecil dibeli daripada pembekal setiap hari bagi memastikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya