Keindahan Ramadan tetap bersinar seiring datangnya Aidilfitri yang tidak lama lagi di bumi Cipulir. Buat ayah, Ali Jamil dan emak, Azizah Ghani di Tampin Negeri Sembilan, bapa dan emak mentua, Busrah Brahim dan Saniah Tambi yang berada di Samarahan, Sarawak serta semua adik-beradik dan sahabat handai di Malaysia.
Salam Aidilfitri, maaf zahir
dan batin.
Daripada: Lt. Kdr. Mohd. Halizan Ali TLDM, Fauziah Busrah, Hawariy dan Hayla
Lokasi: Sekolah Staf dan Komando Angkatan Laut, Jakarta, Indonesia
Kami sekeluarga ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat yang mengenali kami.
Terima kasih kepada yang mengirimkan barang makanan dari Malaysia, terubat kerinduan setelah empat tahun tidak pulang ke tanah air.
Taqobbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian.
Daripada: Adam, Ayna, Aireen, Aidan, Ain dan Adeeb
Lokasi: Fletcher Moss Botanical Garden, Didsbury, Britain