fbpx

Phillips perlu lupa gaji besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPS masih diminati oleh Leeds yang bersedia untuk menyelamatkan kariernya yang serba tidak menjadi ketika ini. - AFP

MANCHESTER – Kalvin Phillips perlu bersedia menerima potongan gaji besar pada musim panas ini jika dia membuat keputusan untuk kembali ke Leeds United dan mengakhiri mimpi buruknya di Manchester City.

Phillips hanya membuat enam penampilan sebagai pemain utama untuk City sejak berpindah dengan bayaran £50 juta (RM299.58 juta) ke Etihad dari Leeds pada tahun 2022 dan kini hanya beraksi sebagai pemain pinjaman di West Ham United.

Bagaimanapun, Phillips terus gagal beraksi dengan baik, malah turut menjadi sasaran kecaman penyokong The Hammers ketika pasukan itu tewas menentang Newcastle United pada aksi sebelum ini.

Walaupun gagal berada pada prestasi terbaik, beberapa pasukan dilaporkan masih berminat untuk mendapatkan khidmatnya apabila City bersedia melepaskannya dengan tanda harga sekitar £25 juta (RM 149 juta).

Kelab lama Phillips, Leeds dilapor sedia untuk menyelamatkan karier pemain itu sekiranya mereka berjaya dipromosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan, namun sudah pasti tidak mampu menawarkan gaji seperti mana diterimanya ketika ini.

Phillips telah meledak 14 gol dalam 234 penampilan bersama Leeds United dan dianggap antara pemain tengah bertahan terbaik di England sebelum kerjayanya malap di Etihad. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI