fbpx

Harimau Malaya B-23 tewas aksi pertama di Doha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaringan Fergus Tierney tidak cukup untuk menghadiahkan keputusan positif buat skuad B-23 kebangsaan. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara memulakan aksi pemanas badan sebelum mengharungi Piala Asia B-23 di Qatar dengan langkah kiri selepas tewas 1-2 kepada China pada perlawanan persahabatan awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang diadakan di Doha secara tertutup itu, skuad kendalian Juan Torres Garrido meraih pengalaman berguna apabila pasukan lawan meraih dua gol menerusi sepakan penalti.

Penyerang China, Aifeierding Aisikaer muncul wira pasukan Naga apabila menyempurnakan kedua-dua sepakan penalti pada minit ke-26 dan minit ke-85.

Sementara itu, pemain berdarah kacukan negara, Fergus Tierney menjaringkan gol tunggal buat pasukan muda Harimau Malaya pada minit ke-61.

Skuad B-23 negara bakal mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang tuan rumah, Qatar pada Ahad ini.

Kemudian, fokus akan diberikan sepenuhnya pada aksi peringkat kumpulan dengan Malaysia bakal menentang Uzbekistan pada 17 April depan disusuli Vietnam dalam aksi kedua (20 April) dan Kuwait (23 April).

Tiga pasukan terbaik saingan berprestij peringkat remaja ini akan meraih slot automatik ke kancah Sukan Olimpik 2024 di Paris pada Julai depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan harapan tinggi untuk pasukan mara sekurang-kurangnya di pentas suku akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN