fbpx

Remaja lelaki mengaku salah cabul adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan merogol adik kandung perempuannya di Gemas pada Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol adik kandung perempuan berusia 14 tahun yang mana oleh kerana perhubungan tertuduh dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai kepada tertuduh untuk berkahwin dengannya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 6 Februari lepas jam lebih kurang pukul 4 petang di sebuah rumah di Gemas.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ibu atau bapa tertuduh sahaja.

Mahkamah menetapkan 27 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.

Sementara itu, dalam kamar sama, dua remaja lelaki berhadapan dengan tuduhan merogol kekasih masing-masing serta didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat,jika sabit kesalahan.

Tertuduh, remaja lelaki berusia 16 tahun yang diwakili peguam Roseli Abdul Gani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan sebayanya yang juga kekasihnya di sebuah rumah di Gemas pada 16 Februari lepas kira-kira pukul 9 pagi.

Mahkamah seterusnya membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ibu atau bapa tertuduh dengan syarat tidak boleh menganggu mangsa sehingga kes selesai.

Manakala, bagi seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di sini pada 22 Mac lepas kira-kira pukul 2.30 petang.

Penetapan tarikh sebutan semula bagi dua kes berkenaan bagi laporan akhlak dibuat pada 27 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI