fbpx

Netizen tak setuju Ahmad Dusuki minta Bella, Aliff berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENCERAMAH bebas, ustaz Ahmad Dusuki menyifatkan bulan Ramadan bukanlah waktu yang sesuai untuk pasangan berkahwin bercerai.

PETALING JAYA – Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz yang berlanjutan sehingga ke mahkamah, turut mendapat teguran daripada penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Ahmad Dusuki memberitahu, bulan Ramadan bukanlah bulan untuk pasangan suami isteri berdepan dengan proses perceraian.

Sebaliknya, bulan mulia yang penuh dengan keberkatan itu perlu diraikan dengan keinsafan dengan memohon Rahmat dan keampunan Allah SWT.

“Khabarkan kepada semua mukmin dan mukminah, Ramadan bukan bulan perceraian dan melakukan dosa. Ramadan dijadikan Allah SWT sebagai bulan keampunan dan maghfirahnya (pengampunan Allah) yang terlalu luas.

“Khabarkan lagi kepada para suami, bawalah rumah tangga kalian ke syurga Allah, bukan menghancurkan dan memusnahkan rumah tangga dengan kemaksiatan yang menghilangkan keberkatan,” tulisnya.

Pada masa sama, Ahmad Dusuki turut meninggalkan nasihat buat golongan wanita (isteri), supaya tidak membuka aib dalam rumah tangga kepada pengetahuan umum.

“Khabarkan kepada setiap isteri mukminah, tutuplah aib rumah tangga kalian daripada terbuka dan didedahkan dalam kalangan masyarakat awam.

“Allah membuka jalan perdamaian dengan kedua-duanya bertaubat dan kembali kepada Allah. Cintailah Allah, rumah tangga kita selamat!” gesanya.

Bagaimanapun, hantaran yang dikongsikan itu tidak dipersetujui segelintir netizen yang berpendapat bahawa isu membabitkan Bella dan Aliff, perlu diselesaikan segera dan tidak wajar untuk dipertahankan.

“Suruh orang bertahan lagi sampai kawan (Bella) jadi mental. Dengan perangai ibu mertua lagi. Kalau situasi sama berlaku pada anak perempuan ustaz, macam mana respon ustaz agaknya?” kata seorang netizen.

“Bila ustaz nak buat ceramah untuk para suami menyantuni isteri? Isteri yang baik datang daripada didikan suami yang baik juga,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Maaf ustaz. Bukan tak setuju dengan kata-kata ustaz. Apa yang perlu dipertahankan lagi? Dan 11 kali curang dengan bukti. Dia nak cerai bukan haramkan? Kalau rumah tangga memberi kemudaratan,” tegur seorang lagi netizen.

Semalam, Aliff membuat kejutan apabila enggan melafazkan talak terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur walaupun menurut ibu kepada dua orang anak itu perkara tersebut telah dipersetujui sejak awal tuntutan dibuat.

Pada 13 Mac lalu, pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai secara ekspres tetapi Alif tidak muncul pada hari perbicaraan atas alasan terikat dengan penggambaran drama.

Keputusan untuk bercerai diambil selepas Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat melibatkan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei 2019 selepas beberapa kali pelantun lagu Sayang-Sayang itu kantoi curang tetapi kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh idah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI