fbpx

Sisa berjadual diseludup masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi menunjukkan sisa elektronik di premis yang beroperasi secara haram di Jalan Kebun Tambahan, Klang.

KLANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mempertingkatkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan dalam menyekat penyeludupan sisa berjadual dari luar ke negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini susulan kewujudan kilang-kilang haram yang beroperasi dalam memproses dan mengasingkan sisa tersebut.

Katanya, hasil dapatan terhadap serbuan ke premis haram memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ di Jalan Kebun Tambahan di sini juga mendapati sisa tersebut bukan dari Malaysia sebaliknya dari luar negara.

“Sisa berjadual ini diseludup masuk melalui pelabuhan tanpa diisytiharkan. Memang sekarang ada operasi antara Jabatan Alam Sekitar (JAS), kastam dan polis namun perlu dipertingkatkan dalam mengatasi masalah ini.

“Ini kerana apabila China memperketatkan kemasukan sisa berjadual ke negara mereka, kerja-kerja (memproses dan asingkan sisa industri) sebegini datang ke Malaysia, Indonesia, Filipina dan sekitarnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau premis haram memproses e-waste di sini, hari ini.

Justeru, beliau menegaskan akan membawa isu tersebut ke Kabinet untuk diwujudkan pendekatan bersepadu melibatkan semua agensi kerajaan.

Mengulas mengenai premis e-waste Jalan Kebun itu, Nik Nazmi memaklumkan JAS menerima aduan mendapati premis tersebut telah menyebabkan pencemaran bau busuk sehingga mengganggu penduduk sekitar.

Ujarnya, siasatan JAS mendapati premis itu juga telah dijadikan tempat penstoran bagi sisa plastik dan skrap logam selain menjalankan aktiviti baik pulih buangan e-waste dan bateri terpakai.

“Premis ini telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) bagi menghentikan operasinya dan notis arahan untuk melupuskan buangan terjadual ke premis dilesenkan JAS.

“Kertas siasatan tela dibuka mengikut Seksyen 18, 19, 34 A (6), 34 B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kilang ini juga dioperasi daripada warga asing dan 100 pekerja haramnya telah ditahan Jabatan Imigresen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI