fbpx

Dr. Akmal Saleh ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan dirinya telah ditahan polis hari ini.

Dr. Muhamad Akmal dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pagi ini.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya,” katanya di sini tadi.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan punca beliau ditahan oleh pihak polis.

Beliau turut menegaskan akan tetap dengan pendiriannya dan meminta orang ramai mendoakan agar semua dipermudahkan.

“Doakan semuanya dipermudahkan.

“Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” tambahnya.

Terdahulu, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu lantang bersuara mengenai kontroversi stoking dengan kalimah Allah yang didapati dijual di kedai serbaneka KK Mart. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI