IPOH – Menteri Besar Perak ke-14, Datuk Saarani Mohamad memulakan tugas rasminya hari ini selepas dilantik semalam.
Beliau tiba di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada pukul 9 pagi dengan memakai baju Melayu berwarna hijau lengkap bersamping.
Kedatangan Saarani, 59, disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.
Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di Dewan Bankuet selepas sesi taklimat ringkas di Pejabat Menteri Besar. -K! ONLINE