fbpx

PJR Aidilfitri di 302 lokasi seluruh negara hingga 9 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan Program Jualan Rahmah (PJR) Adilifitri melibatkan 302 lokasi di seluruh negara bermula semalam hingga 9 April ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal.

“Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PJR Aidilfitri itu melibatkan 18 lokasi di Johor, Kedah (21), Kelantan (14), Kuala Lumpur (4), Melaka (13), Pahang (15) dan Perak (25).

Selain itu, ia turut melibatkan Perlis dengan tiga lokasi pilihan, Pulau Pinang (42), Sabah (29), Sarawak (45), Selangor (36), Terengganu (22), Negeri Sembilan (13) manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing dengan satu lokasi.

“Maklumat pelaksanaan PJR Aidilfitri boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Armizan berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, KPDN juga telah melaksanakan PJR Ramadan di 452 lokasi di seluruh negara bermula pada 12 Mac hingga 3 April lepas melepasi sasaran awal sebanyak 450 siri yang disasarkan.

“Inisiatif yang dicaknakan oleh KPDN ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kerajaan Madani dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat bagi membeli keperluan asas pada harga yang lebih murah.

“Ini khususnya dalam membuat persiapan berbuka puasa di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI