fbpx

Dua lelaki maut nahas libatkan dua lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas yang melibatkan dua lori di Kilometer (KM) 307.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Gopeng pada pukul 5.55 pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Perak.

KAMPAR – Dua lelaki warga Bangladesh maut dalam nahas yang melibatkan dua buah lori masing-masing jenis muatan tiga tan membawa muatan perabot dan sebuah treler muatan tepung di Kilometer (KM) 307.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Gopeng, di sini pada pukul 5.55 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kemalangan itu sebelum sampai 16 minit kemudian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan yang melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori tiga tan membawa muatan perabot yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler membawa muatan tepung.

“Situasi itu menyebabkan pemandu lori tiga tan berumur 36 tahun patah tangan, sementara dua kelindan dua lelaki warga Bangladesh berumur 26 dan 29 tahun di lori disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, pemandu lori treler berumur 58 tahun yang membawa muatan tepung tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.

“Sementara itu, dua mangsa yang maut itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI