fbpx

F1: Vettel mungkin kembali bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL tidak menolak kemungkinan untuk kembali memeriahkan saingan F1 musim depan selepas bersara pada 2022. - AFP

LONDON – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Sebastian Vettel mendedahkan dia sedang memikirkan hasrat untuk membuat kemunculan semula dalam perlumbaan berprestij dunia tersebut.

Tegas Vettel, dia terbuka untuk melakukan perbincangan bersama pasukan Mercedes dan juga beberapa pasukan yang lain berkenaan hasratnya itu selepas dimaklumkan terdapat beberapa peluang untuk kembali musim depan.

Pelumba kelahiran Jerman tersebut yang kini berusia 36 tahun tersebut telah membuat keputusan bersara pada penghujung musim 2022 berikutan perjanjian kontraknya bersama pasukan Aston Martin tamat.

“Saya telah melakukan perbincangan bersama Toto Wolff (ketua pasukan Mercedes), tetapi bukan mengenai tempat musim depan. Kami berbincang mengenai keseluruhan situasi tersebut secara ringkas.

“Tetapi, saya juga melakukan perbincangan bersama yang lain dan masih berhubung dari semasa ke semasa. Saya mempunyai beberapa projek dan idea bersama F1. Kita akan lihat sama ada ia akan berjaya atau tidak.

“Jadi, saya akan terus melakukan perbincangan dengan semua orang dan yang pasti ia adalah mengenai salah satu tempat duduk terbaik dalam grid perlumbaan,” katanya.

Mercedes mempunyai kekosongan pemandu tahun depan selepas juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton membuat keputusan menyertai Ferrari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI