fbpx

Jana pendapatan jual burger jumbo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Umairah menunjukkan burger bersaiz besar yang ditempah pelanggan di kedainya di Kepala Batas baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Tidak hanya bergantung dengan penjualan burger bersaiz besar, Siti Umairah Sabudin, 34, mula mempelbagaikan produk jualannya bagi menambah pendapatan berdepan pandemik Covid-19.

Menurut Siti Umairah, dia dan suaminya, Muhammad Hasseni, 32, mula mengusahakan perniagaan burger dikenali MTCT kira-kira lima tahun lalu berhampiran Masjid Permatang Rambai, Penaga, Kepala Batas di sini.

Bagaimanapun katanya, sejak pandemik Covid-19 melanda negara Mac lalu, perniagaan mula terjejas dan pelbagai inisiatif dilakukan bagi menarik pelanggan seterusnya memberi pendapatan sampingan kepada mereka.

“Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kami mula berniaga macam-macam.

“Selain memperkenalkan produk baharu iaitu roti john yang boleh diubah suai menjadi burger bersaiz besar, kami juga menjual pelbagai jambangan termasuk bunga, coklat, rempah ratus dan sayur-sayuran untuk dijadikan cenderamata,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, selain menjual burger serta jambangan, mereka juga menjual kuih-muih seperti tapai dan tepung bungkus selain mengusahakan beberapa tanaman antaranya ulam gajus.

“Bagi saya, sebagai seorang peniaga khususnya, kita perlu lebih kreatif dan menggunakan segala kemahiran serta pengetahuan yang ada untuk menambah pendapatan,” jelasnya.

Siti Umairah berkata, sepanjang penularan Covid-19, hanya produk burger, kek sahaja terjejas kerana kebanyakan majlis perkahwinan ditangguhkan.

“Kepelbagaian produk jualan sangat menguntungkan lebih-lebih lagi sepanjang bulan puasa yang lalu, kami berjaya merekod jualan mencecah RM50,000 untuk semua produk yang dijual di MTCT,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Siti Umairah berkata, pihaknya mendapat permintaan untuk mewujudkan rangkaian francais burger MTCT, namun tidak dapat direalisasikan kerana kekangan masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI