fbpx

Pemandu e-hailing culik, peras ugut penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang merupakan pemandu e-hailing berjaya ditahan selepas menculik dan mengugut seorang penumpangnya. - CNN INDONESIA

JAKARTA – Seorang pemandu e-hailing ditahan kerana disyaki menculik dan memeras ugut penumpangnya, lapor akhbar Serambinews semalam.

Menurut Ketua Polis Jakarta Barat, Komisioner Besar M Syahduddi, pemandu bernama Michael Gomgom berusia 30 tahun itu mengugut seorang penumpang yang dikenali sebagai Cindy Pangestu. 

Dia sebelum itu menjemput wanita berkenaan dari sebuah pusat beli-belah pada 25 Mac lalu.

“Motif utama suspek adalah mengugut dan meminta wang kerana terdesak untuk berkahwin dengan teman wanitanya,” kata Syahduddi. 

Tambah Syahduddi, selepas mengambil mangsa, suspek memandu seperti biasa sebelum bertindak mengubah haluan.

Suspek turut memberitahu mangsa bahawa dia mengalami sesak nafas, yang mana ia hanya helah untuk memeras ugut wanita berkenaan.

Suspek kemudian meminta wang berjumlah 100 juta rupiah (RM29,637) daripada mangsa dan mengugut untuk mencampaknya ke dalam sungai jika permintaannya tidak dipenuhi. 

Mangsa kemudian membuka pintu kereta ketika kenderaan tersebut sedang bergerak dengan perlahan sebelum meminta pertolongan daripada orang sekeliling. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI