fbpx

Jerut bekas isteri ketika dalam iddah, bapa lima anak terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

PUTRAJAYA – Seorang bapa lima anak terlepas hukuman mati setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun atas kesalahan membunuh bekas isterinya yang ketika itu masih dalam iddah, 19 tahun lalu.

Daud Ahmad, 54, disabitkan membunuh Mimi Afiza Tamby, 31, dengan menjerut leher mangsa menggunakan selendang di antara pukul 1.30 pagi dan 2.30 pagi, 26 Ogos 2005 di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Segamat, Johor.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal sebulat suara menggantikan hukuman gantung dengan hukuman pemenjaraan selepas membenarkan permohonan semakan lelaki tersebut.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.

Terdahulu, peguam Mohd. Radzi Yatiman memohon anak guamnya selaku pemohon dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 33 tahun atas alasan telah insaf dengan perbuatannya.

Hujah peguam bela, Daud telah menjalani hukuman penjara selama 19 tahun dan anak-anaknya sentiasa datang melawat secara bergilir-gilir di penjara.

Mohd. Radzi berkata, tiada senjata terlibat dalam kejadian itu sebaliknya selendang digunakan untuk menjerut leher bekas isterinya yang ketika itu masih dalam iddah.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa memohon hukuman penjara tidak kurang 35 tahun kerana membunuh bekas isteri sebelum tempoh iddah berakhir sebulan lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI