fbpx

PPIM gesa kerajaan kaji semula proses pensijilan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadzim pada sidang akhbar di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menggesa kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) supaya mengkaji semula prosedur perolehan sijil halal.

Menurut Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan, perkara itu penting memandangkan terdapat aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan proses pensijilan halal yang hanya diperoleh dalam beberapa minggu sahaja.

“Badan pensijilan perlu mempunyai integriti yang kuat untuk memastikan penguatkuasaan terhadap prosedur perolehan sijil halal tersebut dapat dikuatkuasakan.

“Jadi, kita perlu dapatkan penjelasan apakah tindakan yang telah dilakukan terhadap stok barangan tersebut sama ada halal ataupun tidak sepanjang dua minggu tersebut,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim juga berharap agar pihak kerajaan dapat menguatkuasakan akta halal dengan segera.

“Kita juga mengharapkan supaya akta halal tersebut dikuatkuasakan dengan segera.

“Difahamkan akta tersebut sudah siap tinggal untuk dibentang dan diluluskan sahaja di Parlimen. Terserah kepada kerajaan sama ada mahu meluluskan ataupun tidak akta tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI