fbpx

Gagal seludup 96,000 batang rokok waktu sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu JKDM Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menggagalkan cubaan penyeludup untuk membawa masuk sebanyak 960,000 batang rokok semasa umat Islam sedang bersahur dalam serbuan di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini kelmarin.

Serbuan pukul 5 pagi itu melibatkan rampasan termasuk cukai yang dianggarkan bernilai RM749,760.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sepasukan anggota bertugas telah melihat seramai lapan orang lelaki sedang memunggah turun rokok-rokok tersebut dari bot ke dalam kawasan daratan.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, kesemua lelaki tersebut terus bertindak melarikan diri.

“Sebelum membuat serbuan, anggota penguat kuasa menjalankan intipan bermula pada pukul 2 pagi sebelum mengesan beberapa buah bot kecil mula memasuki ke kawasan pangkalan haram itu,” katanya pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu JKDM Kelantan, di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, siasatan mendapati, penyeludup membawa masuk rokok dari negara jiran menggunakan bot persendirian sebelum barangan itu dibawa keluar dengan pelbagai jenis kenderaan dari pangkalan haram untuk diedarkan ke pasaran tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI