fbpx

Barcelona guna Haaland pujuk Xavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bakal menjadi umpan untuk memujuk Xavi menarik keputusannya meninggalkan Barcelona hujung musim ini. – AFP

BARCELONA – Pihak pengurusan Barcelona sedia melakukan segala-galanya bagi memujuk jurulatih, Xavi Hernandez supaya menarik semula keputusan untuk meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim ini.

Presiden The Catalans, Joan Laporta dilaporkan bersedia memenuhi segala kehendak Xavi termasuk cuba memancing penyerang berbisa Manchester City, Erling Haa­land pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Difahamkan, Xavi mungkin tertarik dengan kemungkinan bekerjasama dengan pemain antarabangsa Norway itu memandangkan beliau berhasrat untuk kembali mencabar musuh tradisi, Real ­Madrid merebut takhta La Liga.

Sebelum ini, Haaland memberitahu dia tidak pasti berhubung ke mana hala tujunya pada masa hadapan biarpun masih memiliki kontrak sehingga Jun 2027 bersama City yang merupakan juara trebel musim lalu.

Kenyataan itu menyaksikan beberapa gergasi Eropah terma­suk Barcelona berada dalam keadaan berjaga-jaga, lebih-­lebih lagi mereka sedang mencari pengganti kepada penyerang ve­teran, Robert Lewandowski.

Bagi saingan musim ini, Barcelona boleh dianggap sudah tidak mampu memberi saingan kepada Real untuk gelaran liga apabila mereka dibezakan 12 mata ­dengan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Sekiranya hasrat mereka mendapatkan khidmat Haaland menjadi kenyataan, Xavi mungkin tidak teragak-agak menarik semula hasratnya untuk melepaskan jawatan jurulatih Barcelona penghujung musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI