fbpx

Stoking kalimah Allah: Pengerusi KK Mart menghadap Agong mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Kee Kan di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi mengadap itu, Kee Kan memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Seri Paduka Baginda bertitah semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titahnya.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut bertitah agar tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara berkenaan termasuk menghasut rakyat menyebabkan ia berlarutan.

Sebelum ini, Kee Kan dan isterinya Datin Seri Loh Siew Mui didakwa di Mahkamah Sesyen pada 26 Mac lalu atas pertuduhan menjual stoking yang bercetak kalimah ‘Allah’.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Terdahulu, isu stoking tersebut tular di media sosial apabila salah seorang pelanggan menemui stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI