PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk hujan lebat berserta ribut petir di tiga negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataanya berkata, hujan lebat dan ribut petir itu dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi, dan Johor Bahru)
“ Amaran hujan lebat itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“ Walau bagaimanapun, hujan lebat dan ribut petir juga masih berpotensi berlaku pada sebelah petang di beberapa kawasan melibatkan Pedalaman Kedah, Pedalaman Perak, Pedalaman Kelantan, Pedalaman Pahang, Selangor, dan Kuala Lumpur pada sebelah petang sehingga menjelang awal malam,” ujar MetMalaysia.– KOSMO! ONLINE