fbpx

128 wanita warga asing disyaki terlibat aktiviti pelacuran ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA wanita warga asing yang ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran dan menjadi GRO dalam Op Noda di beberapa daerah di Pahang.

KUANTAN – Polis menahan 128 wanita warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran serta menjadi gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan ke atas premis restoran, hotel dan pusat hiburan di negeri ini.

Serbuan dalam operasi Op Noda dari 27 Februari hingga 31 Mac itu dilakukan di daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam serbuan berkenaan seramai 158 orang berumur antara 20 hingga 56 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Daripada jumlah tersebut seramai 21 lelaki dan lapan wanita warga tempatan yang merupakan pemilik dan penjaga pusat hiburan, restoran hiburan dan rumah urut ditangkap.

“Seramai 128 wanita warga asing yang terdiri daripada 97 warganegara Thailand, Indonesia (sembilan), Laos (lapan), Vietnam (sembilan) dan China (lima) yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dan GRO telah ditahan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihak polis mengambil tindakan ke atas tujuh premis hiburan yang berselindung disebalik lesen premis restoran dengan menjalankan kegiatan menggaji wanita warga asing bagi melayan pelangggan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI