fbpx

Gempa bumi 7.5 magnitud gegar Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ombak tsunami setinggi tiga meter dijangka tercetus serta-merta di pulau-pulau terpencil Jepun berhampiran Taiwan.

TOKYO – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda timur Taiwan sejurus sebelum pukul 9 pagi (waktu tempatan) hari ini, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan untuk pulau-pulau di selatan Jepun, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Ombak tsunami setinggi tiga meter dijangka tercetus serta-merta di pulau-pulau terpencil Jepun berhampiran Taiwan, termasuk Pulau Miyakojima, tambah agensi itu.

“Sila berpindah!” kata siaran dikeluarkan penyiar kebangsaan, NHK.

“Tsunami akan tiba. Sila berpindah segera.

“Jangan berhenti. Jangan berpatah balik,” kata seorang penyampai NHK.

Pusat Kajian Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu mempunyai magnitud 7.4 dengan pusat gempa adalah 18 kilometer ke selatan Bandar Hualien di Taiwan pada kedalaman 34.8 kilometer. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI