fbpx

Budayakan amalan kelestarian alam sekitar ketika Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Majlis Iftar di Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyeru orang ramai agar menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini lebih positif dengan membudayakan amalan-amalan kelestarian alam sekitar.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selain mengelakkan pembaziran makanan, orang ramai turut diseru untuk menggunakan perkakas yang lebih mesra alam dan meminimumkan penggunaan plastik sekali guna.

“Saya berharap kita semua dapat menjadikan hari raya Aidilfitri pada tahun ini lebih positif dari segi kelestarian alam dengan membudayakan perkara-perkara tersebut.

“Sebenarnya kita ada pilihan untuk gunakan perkakas biasa, cuma kerjanya lebih sedikit. Tapi kalau terpaksa guna, elakkan plastik atau polisterin.

“Guna (perkakas) kertas sekurang-kurangnya ia boleh terurai berbanding plastik,”katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Iftar warga NRES di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, setiap individu juga mempunyai peranan masing-masing dalam membuat pilihan bagi memastikan sambutan hari raya tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar.

“Semua pilihan ada di tangan kita, kita cuba ambil pilihan yang terbaik untuk memastikan impak daripada sambutan Aidilfitri itu tidak memberi kesan terhadap alam sekitar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI