fbpx

Serangan Israel ragut nyawa 7 pekerja badan amal AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video WCK menunjukkan pekerjanya menurunkan bekalan makanan di tepi sebuah pantai di Gaza pada 15 Mac lalu. – AFP

BANDAR GAZA  – Sebuah pertubuhan amal Amerika Syarikat (AS)  hari ini menyalahkan Israel berhubung serangan yang membunuh tujuh kakitangannya ketika  mereka menurunkan makanan yang dibawa dari laut ke Semenanjung Gaza bagi membantu menangani krisis kebuluran.

Pertubuhan World Central Kitchen (WCK) berkata, pihaknya menangguhkan operasi  selepas ‘serangan bersasaran Israel’ semalam membunuh kakitangan warga Australia, Britain, Palestin, Poland dan AS-Kanada.

Rakaman video AFP menunjukkan lubang pada kenderaan yang rentung terkena bedilan Israel.

WCK berusaha keras untuk membawa makanan melalui jalan laut dari negara anggota Kesatuan Eropah, Cyprus.

Mayat-mayat  pekerja bantuan itu dibawa ke bilik simpanan mayat sebuah hospital di bandar Deir al-Balah, tengah Gaza. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI