fbpx

Nabil jadi pendiam, organ dalaman makin membengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Marsitah berharap Nabil dapat sembuh segera dan kembali bersekolah seperti biasa.

KUALA SELANGOR – Siapa sangka seorang remaja lelaki yang dahulunya aktif dan lasak kini berubah 360 darjah menjadi seorang yang pendiam selepas didiagnos dengan penyakit kronik yang jarang dijumpai.

Muhammad Nabil Eiman Suhaimi, 17, mula menghidap penyakit sistem imun atau dikenali sebagai Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) pada bulan Mei tahun lalu sehingga terpaksa berulang-alik ke hospital.

Ibunya, Siti Marsitah Ellias, 38, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu mulanya mengalami demam panas berpanjangan sebelum doktor mengesahkan organ dalaman seperti hati dan limpa sudah membengkak.

Katanya, Nabil kemudian dimasukkan ke wad di Hospital Pakar Kanak-kanak Cheras bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pada bulan Ogos, keadaannya kritikal dan perlu masuk unit rawatan rapi. Dia sempat pulang ke rumah sebelum doktor maklumkan virus penyakit itu kembali menganggu organ dalaman.

“Nabil kata tak sabar nak ma­suk sekolah, nak jumpa kawan-kawan sebab dia terpaksa tangguh sekolah dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata­nya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Siti Marsitah, per­belanjaan rawatan hospital yang mencecah RM200,000 membuatkan dirinya tersepit.

“Suami hanya bekerja kampung dan pendapatannya tidak menentu dan bergantung kepada permintaan penduduk,” katanya yang mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional 1000441100041771 atau menghubungi Siti Marsitah di talian 011-33223918.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI