fbpx

Real pamer ‘belang’ juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kanan) muncul wira pasukan apabila dua jaringannya melayakkan Real ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane bangga apabila anak-anak buahnya kembali mempamerkan prestasi sebenar untuk menewaskan Borussia Monchengladbach 2-0 awal pagi semalam sekali gus mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini.

Skuad The Galacticos berada dalam keadaan tertekan kerana perlu meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Alfredo di Stefano itu sekiranya berhasrat untuk lolos ke pusingan sete­rusnya.

Bagaimanapun, barisan pemain Real mengambil tanggungjawab itu dengan mempamerkan mentaliti juara apabila berjaya meraih dua gol hasil jaringan penyerang veteran, Karim Benzema dalam babak pertama.

Kata Zidane, barisan pemain telah mendengar setiap arahan taktikal yang ditetapkan dengan mendominasi saingan seawal minit pertama sekali gus memudahkan perancangan mereka untuk meraih tiga mata penuh.

“Objektif yang kita tetapkan sebelum ini iaitu menjuarai pe­ringkat kumpulan sudah tercapai. Ia adalah aksi yang cukup positif dalam kalangan pemain kerana mendominasi perlawanan dan tidak memberi sebarang ruang buat pasukan lawan.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah perlawanan terbaik kami musim ini. Setiap pemain di semua posisi memberikan komitmen penuh dengan beraksi tanpa sebarang tekanan walaupun dikritik hebat sebelum ini.

“Kini, saya harap pasukan dapat lebih konsisten agar sasaran musim ini dapat dicapai kerana pasukan sememangnya berhasrat untuk melangkah jauh pada kempen Liga Juara-Juara kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI