fbpx

Liberty Media mahu kekal DNA MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOGP kini dimiliki oleh Liberty Media yang menjadi pemegang saham terbesar selepas proses pengambilalihan dari Dorna Sports selesai. - AFP

PARIS – Pemilik Formula Satu (F1), Liberty Media yang kini telah menguasai pemilikan saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) menegaskan pihaknya tidak bercadang mengubah ‘DNA’ perlumbaan tersebut pada masa akan datang.

Lewat malam kelmarin, pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP, Dorna Sports mengeluarkan kenyataan bahawa Liberty Media kini memegang kira-kira 86 peratus saham kepentingan dengan nilai kira-kira €4.3 bilion (RM21.26 bilion).

Keputusan tersebut akan menyaksikan Liberty Media memegang pemilikan dua kejuaraan terbesar sukan permotoran iaitu F1 dan MotoGP.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Media, Greg Maffei menegaskan mereka tidak bercadang untuk melakukan perubahan besar-besaran selepas sah memiliki MotoGP.

“Apa yang kami lihat dalam perlumbaan F1 adalah kami dapat mengembangkan pangkalan peminat dan ia akan menjadi mudah dalam perlumbaan MotoGP pada masa akan datang.

“Saya lihat terdapat potensi di sini (MotoGP) kerana itulah yang kami rasa dalam Formula 1. MotoGP adalah produk luar biasa dan kami tidak merancang untuk mengubah sukan ini pada masa akan datang.

“Matlamat kami adalah kembangkan MotoGP kepada penonton global yang lebih luas dan seterusnya berkenaan isu komersial, rakan kongsi, promoter dan penajaan akan berjalan seiring,” kata Maffei.

Dorna akan kekal sebagai syarikat pengendali bebas dan Carmelo Ezpeleta yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports sejak 1994 akan kekal dalam jawatan tersebut selepas mereka masih memegang 14 peratus ekuiti mereka dalam perniagaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI