fbpx

Ariel Noah ‘bersahabat’ dengan alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIEL NOAH

MAHU mencari ketenangan, penyanyi Ariel Noah kini menukar gaya hidup dengan melakukan aktiviti sihat.

Katanya, andai selama ini waktu senggang banyak dihabiskan dengan permainan atas talian, kini dia lebih banyak memperuntukan masa di luar rumah.

Berkhemah dan mendaki gunung antara hobi yang dikatakan mampu memberi ketenangan mental serta kecergasan fizikal.

Pemilik nama sebenar Nazril Irham, 42, mengakui bersahabat dengan alam semula jadi meningkatkan keyakinan serta membolehkannya menikmati kehidupan dalam perspektif yang lebih luas.

Andai selama ini masanya hanya ditumpukan terhadap kerjaya seni, selepas kumpulannya bercuti panjang dia berpeluang melakukan aktiviti yang disukai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI