fbpx

Tertukar, netizen tersilap tuduh Dewi Sandra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEWI SANDRA

GARA-GARA netizen tersilap melempar kecaman, penyanyi Dewi Sandra terpaksa menutup ruangan komen Instagramnya bagi mengelakkan gangguan.

Situasi itu disebabkan kes dakwaan rasuah suami kepada pelakon yang hampir sama dengan namanya iaitu Sandra Dewi.

Menurut laporan media, ahli perniagaan terbabit, Harvey Moeis disabitkan kesalahan kes rasuah melibatkan sejumlah wang yang besar.

Awalnya pelantun lagu Mati Rasa itu mengakui keliru apabila menerima banyak komen yang menuduhnya bersekongkol dengan suami.

Enggan terus diganggu, Dewi Sandra akhirnya bertindak menutup ruangan komen laman sosialnya selepas menyatakan netizen sudah tersilap orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI