fbpx

Elak hidang makanan lebih 4 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila juadah dibeli dari bazar Ramadan menjadi punca mereka mengalami cirit-birit dan muntah akibat keracunan makanan.

Sehubungan itu, pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan mengingatkan orang ramai termasuk peniaga bazar untuk tidak menghidangkan makanan terlalu awal melebihi empat jam kerana berisiko terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Beliau juga menegaskan agar memilih bahan mentah segar dan bukannya yang telah disimpan berhari-hari untuk diletakkan dalam masakan.

“Selain itu, amalkan kebersihan diri dan penyediaan makanan yang bersih.

“Sentiasa tutup makanan menggunakan penutup supaya tidak terdedah kepada lalat dan kuman persekitaran,” katanya menerusi perkongsian tips di kumpulan Telegram hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI