fbpx

Datuk Red jual biskut raya, raih RM78,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Datuk Red menjual biskut raya di platform live TikTok

PETALING JAYA – Ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red didakwa memperoleh pendapatan RM78,000 sehari hasil jualan biskut Red Velvet baru-baru ini.

Berdasarkan TikTok Shop, biskut itu yang dijual pada harga RM35 sebalang telah terjual melebihi 2,000 balang.

Menerusi perkongsian video oleh Soping, Datuk Red yang menjual menerusi platform live TikTok turut mendapat lebih daripada 15,000 tontonan.

Beliau yang sebelum ini kelihatan janggal untuk menjual di platform berkenaan kini sudah semakin petah apabila bijak mempromosikan barang jualanya selain rajin melayan dan menjawab setiap soalan daripada pengguna media sosial.

“Alhadulillah kali kedua live jual kuih raya baru nampak datuk expert dan selesa, first time nampak blur lagi,” komen Garlic.

Sebelum ini, isteri Datuk Red yang juga penyanyi terkenal, Adira tampil memberikan sokongan terhadap suaminya sekali pun nekad bercerai dengan lelaki itu.

Pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, itu tidak lokek membantu mempromosikan biskut jualan Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red dalam Instagramnya yang mempunyai 1.8 juta pengikut.

Sebelum ini, lelaki yang mempunyai 11 anak daripada tiga perkahwinan itu mendedahkan sudah lima tahun ditanggung dua isteri kerana muflis sehingga sukar mendapat pekerjaan.

Datuk Red kemudian membuat video dalam aplikasi TikTok sebagai usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI