fbpx

Pelajar UniSZA maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Yamaha 135LC yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Tembila – Kampung Raja, Besut semalam.

BESUT – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut maut setelah motosikal Yamaha 135LC dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan kereta Proton Iswara Aeroback di Jalan Tembila – Kampung Raja di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohamad Faizal Haqimie Hapizal, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Faizal Haqimie dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampus UniSZA di Tembila dari Kampung Raja di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan telah memotong kenderaan lain di hadapannya sebelum bertembung dengan kereta Proton Iswara Aeroback yang berada di laluan bertentangan.

“Impak kemalangan tersebut menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback yang merupakan lelaki berusia 24 tahun tidak mengalami kecederaan.

Tambah beliau, mayat Mohamad Faizal Haqimie telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI