PUTRAJAYA – Perdana Menteri memaklumkan tiada rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana pada tahun ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah sebagai langkah berjimat cermat dan sambutan secara sederhana.
Sebaliknya, beliau berkata akan menyertai rumah terbuka anjuran kerajaan negeri dan kementerian.
“Untuk sambutan Aidilfitri, saya tidak buat majlis besar-besaran di Seri Perdana,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini. – KOSMO! ONLINE