fbpx

Hospital Al-Shifa musnah sepenuhnya, jenazah bergelimpangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memeriksa keadaan sekeliling Hospital Al-Shifa yang musnah selepas pengunduran tentera Israel semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa dan kawasan sekitarnya di barat Bandar Gaza awal semalam, meninggalkan berpuluh-puluh penduduk terbunuh bersama kemusnahan besar.

Laman berita Middle East Monitor melaporkan, askar Rejim Zionis berundur sepenuhnya dari dalam hospital dan kawasan sekitar menuju ke arah selatan kejiranan Tel al-Hawa, barat daya Bandar Gaza.

Menurut saksi, tentera penjajah membakar semua bangunan hospital terbesar di Semenanjung Gaza tersebut, mengakibatkan perkhidmatan terhenti sepenuhnya.

Tambahnya, askar Zionis memusnahkan bangunan pembedahan dan membakar ruang menyambut tetamu serta bangunan kecemasan.

Tentera Israel turut membakar bangunan menempatkan pusat rawatan buah pinggang dan wad bersalin, bilik mayat, wad kanser serta memusnahkan bangunan klinik pesakit luar, tambah saksi.

Ujarnya lagi,  mayat  bergelimpangan ditemui di dalam hospital dan jalan-jalan sekelilingnya.

Israel turut memusnahkan tanah perkuburan sementara yang didirikan oleh penduduk Palestin di hospital itu dan mengeluarkan jenazah yang telah ditanam serta membiarkan ia berselerak di serata kawasan hospital.

Tentera Zionis menyerbu Hospital Al-Shifa yang menempatkan beribu-ribu pesakit dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal pada 18 Mac lalu dengan alasan ia digunakan oleh Hamas sebagai pusat operasi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI